Saturday, December 25, 2010

Beriani Ayam


Beriani Ayam
BAHAN-BAHAN
6 ketul paha ayam
4 sudu besar minyak sayur/minyak sapi
4 biji tomato (buang kulit dan dadu kecil)
2 labu bawang besar (cincang)
2 ulas bawang putih (cincang)
1/2 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk jintan
2 sudu besar yogurt
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1/2 sudu kecil halia kisar
5 cawan beras basmati
3 biji kentang (belah empat)
5 cawan air rebusan ayam
Garam
Pewarna (saffron)

BAHAN TUMIS:
2 sudu besar minyak sapi
1 labu bawang besar (cincang)
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 biji tomato (buang kulit dan potong dadu)

CARA MENYEDIAKAN:
1.Masukkan minyak sapi dalam periuk, dan goreng kentang hingga kuning.
   Ketepikan.
2.Tambahkan dua sudu mi­nyak sapi dan tumis bawang besar, halia, dan
   bawang putih hingga kuning.
3.Tambahkan pula serbuk cili, kunyit, la­da hitam, jintan dan tomato cincang.
   Tumis lagi.
4.Tambahkan yogurt, daun pudina, buah pelaga dan kulit kayu ma­nis. Tutup
   periuk dan kecilkan api. Boleh juga ditambahkan dengan setengah cawan air.
   Bila tumisan tersebut su­­dah masak, masukkan ayam.
5.Gaul sebati dan biarkan ayam masak lebih kurang setengah jam. Matikan api.
6.Se­mentara itu beras yang dicuci bersih mestilah dituskan setengah jam terlebih
   dahulu.
7.Dalam periuk lain, panaskan se­­dikit lagi minyak sapi, iaitu lebih kurang dua
   sudu besar.
8.Masukkan bahan tumis dan biarkan naik bau.
9.Tuangkan beras dan juga pewarna (saffron), gaul sebati. Saffron yang direndam
   air hanya perlu digunakan se­ba­nyak satu sudu besar. Padam api.
10.Dalam periuk lain, panaskan lima cawan air rebusan ayam bersama sedikit
     ga­ram.
11.Setelah air rebusan mendidih, tuangkan beras yang ditumis tadi.
12.Masukkan kentang goreng dan tumisan ayam tadi. Biarkan ia mendidih dan
     tanaklah nasi beriani tersebut seperti biasa. Nasi jangan digaul sewaktu air
     ma­sih lagi mendidih.

No comments:

Post a Comment