Thursday, February 3, 2011

'Loaf' Mentega

'Loaf' Mentega

BAHAN-BAHAN:
1600 gm tepung berprotein tinggi
330 gm gula
1 sudu besar garam
20 gm bread improver
60 gm tepung kastard
40 gm yis
80 gm susu tepung
200 gm mentega
3 biji telur
600 ml air sejuk

CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan kesemua bahan-bahan dalam mesin pengadun dan adun.
2. Tiga minit pertama dengan kelajuan perlahan dan 12 minit selepas itu putar dengan kelajuan tinggi (bergantung kepada saiz mixer)
3. Uli doh sehingga ia benar-benar sebati dan lembut. (suhu doh 25oC)
4. Bahagikan doh menjadi ketulan kecil seberat 100 gm setiap satu.
5. Bentukkan doh mengikut bentuk kegemaran anda.
6. Selepas semua doh telah dibentuk, rehatkan selama 45 hingga 60 minit.
7. Sapukan telur dipermukaannya sebelum dibakar dalam suhu 180oC selama 30 minit.

No comments:

Post a Comment