Saturday, February 26, 2011

Udang Serai



Bahan-Bahan:
800 gm udang (digoreng terlebih dahulu hingga garing)
minyak masak
2 batang serai
20 gm baanwg putih (dicincang)
60 gm bawang merah (dicincang)
20 gm daun kunyit (dihiris halus)
1 sudu kecil jintan manis (ditumbuk)
3 sudu makan sos tiram
30 gm cili kering (direndam dan dihiris tanpa biji)
2 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
1 cawan air
1 biji air limau nipis
Sedikit tepung jagung dicampur sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan  seperti serai, bawang putih, bawang merah, daun kunyit, cili kering. Kesemuanya anda kisar terlebih dahulu.

Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak, masukkan bawang, putih, bawang merah dan kacau hingga naik bau. Masukkan jintan manis, serai, daun kunyit, cili kering dan kacau hingga rata
2. Masukkan udang, sos tiram, serbuk pati ikan bilis, air dan kacau seketika.
3. Masukkan air limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan bacuhan tepung jagung

No comments:

Post a Comment