Bahan-Bahan:
3 keping tauhu (potong dadu kemudian goreng)
3 biji kentang (potong dadu dan goreng)
1 keping tempe (potong dadu dan goreng)
5 - 8 batang kacang panjang (hiris menyerong dan nipis)
8 -10 biji cili kering (gunting nipis-nipis)
1 paket kecil suun – (rendam dan potong sedikit)
1 paket kecil tauhu kering (rendam dan potong kecil)
1/2 cawan udang buang kepala dan kulit)
3 - 5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar kicap manis
1/2 cawan santan pekat
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Minyak secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
Cara Penyediaan:
1. Tumis bawang merah, bawang putih, cili kering hiris yang telah direndam hingga wangi.
2. Kemudian masukkan udang hidup, santan, sayur-sayuran, suun, tauhu kering dan bahan-bahan yang telah digoring.
3. Masukkan garam, lada sulah dan perasa, dan kacau rata.
4 Angkat dan hidang.
No comments:
Post a Comment