Bahan-Bahan:
1/2 kilo gm beras, basuh, rendam kejap dan dikisar halus1 kg gula pasir
1 kg gula merah - masak dan tapiskan
2 kg pati santan
600 gm sagu halus, direndam
10 biji pisang emas atau pisang raja, dipotong kecil
1 kg kacang hijau, direbus empuk
1 mangkuk hirisan jagung
1 kg ubi keledek, dipotong dadu
600 gm kacang tanah, digoreng dan dibuang kulitnya
10 ulas nangka masak, dipotong dadu
Caranya:
1. Masukkan santan ke dalam periuk. Kemudian campurkan tepung beras sedikit demi sedikit dan kacau biar sebati.2. Campurkan air gula yang siap ditapis.
3. Kemudian masukkan bahan seperti hirisan jagung, ubi keledek terlebih dulu kerana bahan lambat empuk.
4. Akhir sekali baru masukkan pisang, kacang hijau, kacang tanah dan nangka. Bahan ini akan lembek kalau dicampur terlalu awal.
5. Kacau adunan bubur sehingga pekat. Kalau adunan mula lekang dari periuk bermakna bubur itu sudah masak.
No comments:
Post a Comment