Wednesday, January 12, 2011

Pais Ikan Berulam



Bahan-bahan:
6 ekor ikan kembung atau ikan tenggiri
1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan udang kering - dikisar
6 tangkai cili merah - dikisar
1 cm kunyit hidup - dikisar
6 ulas bawang merah - dikisar
2 sudu besar air asam jawa
Pelbagai jenis daun ulan
Garam secukup rasa
Daun pisang secukupnya
Cara Menyediakan:
1. Bersihkan ikan dan tuskan airnya. Begitu juga daun-daun ulam. Daun pisang pula dilap dan dilayur.
2. Masukkan kelapa parut, bahan-bahan kisar, air asam jawa dan garam di dalam kuali, kemudian digoreng selama lima minit di atas api yang sederhana.
3. Bentangkan daun pisang di atas dulang, kemudian susun daun-daun ulam ke atasnya. Ambil tiga sudu besar bahan kelapa yang telah digoreng lalu diratakan ke atas daun-daun ulam. Akhir sekali susun dua ekor ikan di atas kelapa lalu dibungkus kemas-kemas. Buat tiga bungkus.
4. Susun dalam periuk pengukus dan kukus hingga masak.
Nota:
Contoh ulaman yang boleh digunakan; pucuk ubi, pucuk keledek, pucuk labu dan pucuk kaduk.

No comments:

Post a Comment