Saturday, January 8, 2011

Soto Padang



BAHAN-BAHAN:
500 gm daging pejal (potong dua dan rebus)
2 batang serai (ketuk)
5 helai daun limau purut
2 kuntum bunga cengkih
Daun bawang
1/2 sudu besar cuka
50 gm suhun (rendam)
4 biji kentang (goreng besar)
Kicap manis

BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm kunyit
1 sudu kecil lada hitam

CARA MENYEDIAKAN:
1. Daging yang sudah empuk direbus, digoreng besar. Hiris nipis. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak, dan tumis bahan kisar hingga garing.
3. Tuangkan air rebusan.
4. Masukkan daun limau purut, serai, bunga cengkih.
5. Tuangkan cuka dan bubuhkan garam.
6. Sewaktu menghidangkan, bubuhkan suhun, kentang dipotong nipis, daging dan kuah soto, sedikit kicap manis dan keropok udang.
7. Untuk sambalnya, kukus cili padi dan bawang merah. Kemudian tumbuk dan bubuhkan garam. Campurkan dalam soto. Ia tidak perlu diperahkan limau.
8. Satu kelainan soto Padang ialah penggunaan cuka.

No comments:

Post a Comment